Akaun pustakalk.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Pre-Order Buku Prof. Dr. Basri

*Noted : Buku Dijangka Pos Akhir April, InshaAllah.

Pre-Order Buku Wahabi dan Pelaban Wahabi

Wahabi dan Pelabelan Wahabi; Sejarah dan Analisis Lengkap Wahabi dan Budaya Pelabelan Wahabi di Malaysia (Prof Dr. Basri Ibrahim Al-Azhari)

Fahaman Wahabi muncul di Arab Saudi oleh Syeikh Muhamad bin Abd al-Wahab, seorang ulama pada kurun ke-18M. Fahaman ini mendapat reaksi yang pelbagai di negara ini. Ada yang menerima dan ada yang menolak fahaman ini daripada dimasukkan dalam golongan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah.

Namun, berdasarkan keputusan JAKIM, fahaman Wahabi termasuk dalam golongan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah dan bukan ajaran sesat. Cuma ia tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana berlakunya pertembungan dengan fahaman arus perdana yang dipegang oleh umat Islam di negara ini iaitu Ahli al-Sunah wa al-Jamaah manhaj Asya‘irah dan Maturidiyyah.

Pelabelan Wahabi pula merupakan satu penyakit yang muncul akhir-akhir ini dalam kalangan umat Islam di negara ini. Ia bukan sahaja dikaitkan dengan orang yang mempelajari bidang hadith dan beraliran salaf, malah kepada sesiapa sahaja yang berbeza pendapat dengan seseorang yang menentang pelopor ajaran sesat, segala jenis khurafat dan tahyul itu sendiri.

Antara perkara menarik yang dibincangkan dalam buku ini:

1. Pendedahan pandangan dan fatwa negeri Pahang, Perak, Sabah, Negeri Sembilan dan Johor terhadap fahaman Wahabi.

2. Adakah mufti, ahli akademik dan pendakwah yang dilabel Wahabi itu benar benar berfahaman Wahabi mengikut ciri-ciri yang diperincikan dalam fatwa negeri-negeri yang mengharamkan?

3. Analisis lengkap terhadap ciri-ciri yang dikaitkan kepada mereka yang dilabel Wahabi? Benarkah mereka Wahabi ataupun sebaliknya?

Semuanya terjawab dalam buku ini.

_____________________________________________________________________

Kemuculan Golongan Quburiyyah di Yaman & Usaha Ulama untuk Mengatasinya

Buku ini sangat menarik dan bermanfaat menjelaskan bahaya golongan quburiyyah. Walaupun tajuk ini berkaitan quburiyyah di Yaman, ia juga penting untuk kita yang berada di nusantara ini. Hal ini kerana dikhuatiri amalan tersebut meresap ke dalam masyarakat kita.

Saya mengesyorkan pembaca agar pembaca mengambi manfaat daripada buku ini agar kita dapat membezakan ziarah ke tanah perkuburan antara yang ada dalam syariat dan sebaliknya. Moga usaha sahabat saya Profesor Dr Basri ini diganjari pahala oleh Allah. (Prof Madya Dr Muhammad Rozaimi bin Ramle) Rektor KUIPS & Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis

_____________________________________________________________________

Aqidah Wasiti: Beberapa Nasihat Ikhlas

Buku ini menjelaskan pandangan dan nasihat Imam Abd al-Rahman al-Wasiti kepada umat Islam supaya mengikuti jejak langkah generasi salaf terdahulu dalam beberapa permasalahan akidah iaitu:

  • Permasalahan Sifat
  • Permasalahan tinggi Allah di langit dan berapa tinggi di atas Arasy
  • Permasalahan huruf dan suara yang dikaitkan dengan al-Quran al-Majid

Kerana mengikut jejak langkah mereka lebih selamat dalam permasalahan-permasalahan tersebut.